Tafsiran undang-undang antarabangsa Undang-undang_antarabangsa

Dimana terdapat pertikaian mengenai maksud sebenar dan setakat mana aplikasi undang-undang kebangsaan, ia merupakan tanggungjawab mahkamah-mahkamah untuk menentukan apakah maksud tepat undang-undang yang dipertikaikan ini. Dalam undang-undang antarabangsa secara keseluruhannya, tidak terdapat mahkamah yang mempunyai kuasa untuk melakukan ini. Secara amnya ia ialah tanggungjawab negara-negara itu sendiri untuk mengintepretasikan undang-undang itu untuk dirinya sendiri. Oleh sebab ini, tidak hairanlah kata sepakat jarang dicapai dalam satu pertikaian.

Apa yang terdapat dalam Konvensyen Vienna ke atas Undang-undang Triti ialah:

"Satu triti itu akan diintepretasi dengan niat baik (Bona fide dalam Bahasa Latin; Good faith dalam Bahasa Inggeris)[3] dengan mengikut maksud biasanya yang diberi kepada triti dalam konteks dan tujuan sebenarnya." (Artikel 31(1))

Ini sebenarnya ialah kompromi antara tiga teori intepretasi yang berbeza:

  • Pendekatan teks atau biasa menggangap satu triti haruslah diintepretasi dalam "maksud biasa" teks triti tersebut. Sebagai contoh, satu perjanjian antara Malaysia dan Kanada untuk menjual getah dengan gandum sebagai tukaran haruslah dilihat dalam tukaran kedua-dua komoditi itu sahaja dan tiada maksud lain daripada itu.
  • Pendekatan subjektif iaitu mengira niat di sebalik triti tersebut, atau "konteks" yang dimaksudkan semasa penulis triti menulisnya. Contoh: Apakah niat Malaysia dalam menjual getah kepada Kanada? Apakah niat Kanada memberi gandum sebagai tukaran?
  • Pendekatan objektif atau matlamat triti tersebut, iaitu intepretasi yang paling sesuai untuk sebab triti. Contoh: Malaysia mahukan gandum untuk rakyatnya yang sukakan roti canai, maka gandum diperlukan untuk membuat roti tersebut. Kanada pula negara yang berbukit-bukau, maka ia perlukan getah untuk membuat tayar yang berkualiti. Triti antara mereka mestilah berhaluan matlamat kedua-dua negara ini. Dalam maksud ini, kedua-dua negara ini mesti dapat apa yang mereka hajatkan. Pendekatan ini juga diberikan nama "Pendekatan berkesan".

Apa yang dihuraikan di atas hanyalah peraturan am sahaja; peraturan khusus masih terdapat dalam cabang-cabang khusus undang-undang antarabangsa.